Monday, July 20, 2009

renungan bersama....

“Apabila sempurna akal, kurang perkataan”(Saidina Ali Abi Talib)
“Sifat pemarah adalah musuh utama akal”(Saidina Ali Abi Talib)
“Walaubagaimana pun alim seorang itu, dia tidak akan dapat manafaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal”(Lukmanul Hakim)
“Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuh yang celaka adalah jahil”(Saidina Ali Abi Talib)
“Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih baik pula ia berkata-kata”(Saidina Ali Abi Talib)
“Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya”(Saidina Ali Abi Talib)
“Akal membentuk budi, membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran”(Hamka)
Akal ilah anugerah Tuhan kepada makhluknya yang dipilih-NYA, iaitu manusia. Akal tidak diberi semata-mata. Ia perlu dituntut”(Hamka)
“Salah satu tugas agama ilah memelihara akal. Memilihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu, melatih diri berfikir, merenungkannya”(Hamka)
“Hawa nafsu membawa kesesatandan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan. Hawa nafsu menyuruh mengelamun, berangan-angan tetapi akal menyuruh menimbang” (Hamka)
“Rahsia kejayaan ialah mengetahui sesuatu yang orang lain tidak tahu”(Aristotle)
“Tuntutlah ilmu seperti mana seorang ibu mencari anak tunggalnya yang hilang”(Hamka)
“Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa dah mula berfikir, tidak ada satu perbuatan pun yang boleh menghentikannya”(Voltaire)
fikirkan..
.....Kata hikmat Cita-citaAlangkah sempitnya hidup kalau bukan kerana luasnya cita-cita.Orang yang bercita-cita dab berazam besar,selalu bertemu halangan dan rintangan yang besar.Kebesaran halangan dan rintangan itu adalah ukuran kecil besar suatau cita-cita.Dalam dasar suatau cita-cita mulia, kehendak yang buruk bisa juga menyelinap.Bila dasar suatu cita-cita bermula,perjalanananya menjadi sukar dan memerlukan pengorbanan yang banyak.Orang yang mudah bersedih hati akan sukar mencapai apa yang dicita-citanya.Cita-cita yang tinggi itu menyuburkan tabiat yang mulia dan tujuan yang besar dan mulia itu menimbulkan fikiran yang luas dan tinggi.Jangan engkau kecilkan cita-cita engkau,kerana cita-cita yang kecil bukan penyebab seseorang mundur dalam gerak langkah perjalanan hidupnya menuju kejayaan ,kecuali cita-cita atau hemah yang kecil.Orang yang mempunyai cita-cita selalu memperoleh kemajuan di dalam hidupnya.Cita-cita membuatkan manusia mengharapkan sesuatu yang lebih sempurna.Cita-cita hidup bukanlah jalan yang selalu datar dan ditaburi bunga,melainkan adakalanya disirami dengan aiarmata dan juga darah.Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.

No comments:

Post a Comment